Anakku Sayang: TIPS BERKOMUNIKASI DENGAN PENJAGA ANAK

TIPS BERKOMUNIKASI DENGAN PENJAGA ANAK

Mendapat pembantu ataupun penjaga yang baik dan memahami adalah satu rezeki yang besar. Merekalah yang akan membantu menjaga anak dan keluarga semasa ibu bapa keluar bekerja. 






Ini adalah Cadangan bagi ibubapa berkomunikasi dengan penjaga anak. 


  • Berikan buah tangan kepada penjaga anak apabila mahu mengambil anak pada waktu petang. Tidak perlu buah tangan yang mahal. Sekadar pisang goreng ataupun kuih-muih buat minum petang juga sudah memadai.

  • Dengar apa yang mahu disampaikan oleh pengasuh berkenaan apa yang terjadi seharian dengan anak kita.

  • Elakkan memarahi pengasuh sekirannya ada perkara yang dilakukan tidak seperti yang diharapkan.

  • Ucapkan terima kasih terlebih dahulu dan kemudia terangkan cara yang betul, ataupun tergur dengan berhikmah.

  • Tegur atau pesan satu isu dahulu dalam satu hari. Elakkan daripada memberi beberapa arahan serentak.

  • Tanyakan kepada penjaga sekiranya dia memerlukan apa-apa keperluan bagi memudahkannya menjalankan pesanan kita tadi.

  • Beberapa hari selepas itu, sekiranya perlu, tegur atau betulkan pula perkara yang lain.

  • Dengan ini, penjaga tidak akan berasa terlalu tertekan ataupun berasa tidak dipercayai.

  • Sekiranya teguran itu diiringi dengan buah tangan, mungkin ia dapat melembutkan hati penjaga menerima teguran daripada ibu bapa.

No comments:

Post a Comment