Anakku Sayang: SUSU PERAHAN SEGAR ATAU SUSU SEJUK BEKU?

SUSU PERAHAN SEGAR ATAU SUSU SEJUK BEKU?

Dilema ibu berkerjaya " Membekalkan susu perahan kepada penjaga"



Ramai ibu bekerjaya berkongi pengalaman mereka dalam blog-blog di internet, beberapa cadangan ini mungkin dapat membantu ibu dalam menyediakan bekalan susu perahan kepada penjaga.

1. Sebaik-baiknya susu yang ditinggalkan untuk bayi di rumah pengasuh, taska ataupun di rumah bagi digunakan oleh bayi, adalah susu yang belum dibekukan (susu ibu yang segar). 


2. Tidak perlu menggunakan stok sejuk beku yang sudah disediakan.

3. kandungan antibodi dan nutrien lain masih tingggi bagi susu yang belum dibekukan.

4. Pada malam sebelum bekerja, tingalkan susu yang baru diperah didalam peti sejuk sebanyak mana yang diperlukan oleh bayi. Simpan susu di dalam botol yang mahu dibekalkan ke taska. kebiasaannya sekitar dua hingga empat auns sebotol.

5. Elakkan daripada membekalkan susu perahan di dalam bekas plastik kerana ia akan menyusahkan penjaga bayi memindahkan susu ke dalam botol sebelum dipanaskan. Kemungkinan susu tumpah juga lebih tinggi.

6. Letakkan nama bayi dan seeloknya letakkan juga nombor mengikut giliran botol yang mana yang perlu diberi dahulu. Ini penting bagi mengelakkan kekeliruan di taska ataupun rumah penjaga.

7. Apabila botol-botol susu sudah siap dilabel, masukkan kesemuanya di dalam satu bekas yang dapat memuatkan kesemuanya. Label bekas itu dengan nama bayi supaya tidak tertukar dengan kepunyaan bayi lain.

8. Hasil perahan susu ibu segar yang berlebihan boleh disimpan ke dalam peti dan dibekukan sebagai susu beku.

No comments:

Post a Comment