Anakku Sayang: BAYI SONGSANG?

BAYI SONGSANG?

Anda berkemungkinan untuk mengalami kelahiran songsang janganlah takut dengan berlebihan, kerana rasa takut tersebut dan berfikiran negatif dapat mempengaruhi kesihatan bayi dalam kandungan.




Apakah penyebab kehamilan songsang?
  1. Bayi pramatang atau tidak cukup bulan. Faktor ini yang biasanya ditemui. Bayi anda akan berpusing kepada kedudukan normal apabila sampai waktunya.
  2. Sejarah kandungan terdahulu yang songsang.
  3. Ketidaknormalan pada rahim seperti masalah fibroid ataupun terdapat pembahagian dinding rahim yang menghalang bayi daripada berpusing.
  4. Uri bawah ataupun Placenta Praevia Major yang menutupi pintu rahim, lalu menghalang kepala bayi daripada masuk ke ruang pelvis (engagement) dan menyebabkan bayi berpusing pada kedudukan songsang.
  5. Ketidaknormalan bada bayi, masalah pada pembentukan kepala bayi – anencephaly,
  6. Kehamilan kembar atau lebih daripada dua.
  7. Keadaan air ketuban yang terlalu banyak (polyhydramnnios) – bayi mempunyai banyak ruang untuk bergerak dan berpusing. Air ketuban yang terlalu sikit juga menyumbang kepada keadaan bayi songsang.
  8. Sudah mempunyai kehamilan yang banyak (multipara) – otot dinding rahim sudah elastik,memberikan banyak ruang pada bayi untuk bergerak dan berpusing.

Tips Mencegah & Menghindari Agar Bayi Tidak Songsang


1. Mengikuti Senaman Hamil
Contohnaya berenang ini akan membuat otot perut santai dan memberikan ruang pada bayi untuk bergerak.


2. Melakukan Penekanan Lembut
Tekanan ini harus menggunakan kedua tangan agar dapat merangsang posisi bayi yang songsang ke posisi normal. Lakukan di sekitar perut searah jarum jam.

3. Sering Melakukan Posisi Sujud
Lakukan posisi bersujud secara betul dan teratur 2 kali setiap pagi dan petang dalam tempoh sekitar 10 minit. 92% cara ini akan mebuahkan hasil untuk mencegah bayi daripada songsang.

4. Menggunakan Lampu Suluh
Gunakan lampu suluh untuk mendapatkan perhatian bayi di dalam rahim. Tunjuk lampu suluh di kepala bayi, kemudian bergerak ke arah saluran kelahiran. Sekilas cahaya yang bergerak pantas untuk menarik perhatian bayi sehingga kepala bayi boleh mengikuti jalan cahaya itu dilahirkan.

5. Minum Minuman Manis (tidak berlebihan)
Oleh kerana banyak minuman manis yang mengandungi glukosa akan menyediakan tenaga tambahan untuk bayi untuk menjadikannya aktif. Dengan janin bayi aktif bergerak ke arah kemungkinan kedudukan yang normal juga akan menjadi lebih tinggi

6.Memainkan Muzik
Dengan memainkan muzik anda juga boleh membuat bayi anda cenderung untuk berada dalam kedudukan yang normal. Cara ini dilakukan dengan meletakkan pembesar suara dalam bidang saluran kelahiran. Ini akan menyebabkan kepala bayi bergerak ke kelahiran.

7. Meletakkan Sesuatu yang Sejuk
Dengan meletakkan benda sejuk pada bahagian kepala bayi ini akan menyebabkan bayi menjauhi kawasan sejuk tersebut. Maka dengan itu letakkanlah benda sejuk dibahagian atas perut sehingga kepala bayi menjauhi bahagian atas perut tersebut dan mengarahkannya ke jalan lahir sang ibu.
8. Berpikirlah Positif
Dengan selalu berpikir positif, bayi akan menerima singnal positif dari anda sehingga membuatkan bayi berputar ke posisi yang betul meskipun posisi bayi anda songsang.

No comments:

Post a Comment