Anakku Sayang: RUAM PANAS? KETAHUINYA DI SINI.

RUAM PANAS? KETAHUINYA DI SINI.


Apa itu ruam panas (heat rash)?

ruam panas



Bintik-bintik merah terang dan di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam serta di kelipat-kelipat kulit atau di bahagian-bahagian di mana pakaiannya terletak dengan ketat.




Apakah yang menyebabkan ruam panas?

1) Cuaca panas dan lembab

2) Bayi mempunyai kelenjar peluh yang belum matang jadi jika mereka berpeluh terlalu banyak akan menyebabkan pori kulit tersumbat dan peluh tidak keluar seterusnya ruam akan timbul

3) Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk.


Bagaimana rawatan menghilangkan ruam panas?

1) Kurangkan kepanasan dan kelembapan

2) Tanggalkan pakaiannya atau pakaikan baju daripada kain kapas

3) Sejukkan badan bayi



4) Guna losyen calamine - Losyen calamine sememangnya ubat paling mujarab untuk masalah kulit ruam dan kerengsaan



5) Guna krim hidrokortison - Penggunaan krim ini hanya boleh dilakukan atas nasihat doktor atau ahli farmasi sahaja sekiranya masalah ruam menjadi semakin teruk.

No comments:

Post a Comment