Anakku Sayang: SENARAI BARANG PERSEDIAAN BERSALIN

SENARAI BARANG PERSEDIAAN BERSALIN

Berikut adalah checklist barang keperluan bersalin untuk ibu dan bayi semasa di hospital sebagai panduan anda.



Menanti kelahiran cahaya mata pertama, pastinya berasa gembira tak terkata. Namun bagi para ibu bapa yang pertama kali menimang cahaya mata, mungkin masih tidak jelas keperluan apa yang perlu dibawa untuk ibu dan anak. 

Keperluan Di Kaunter Pendaftaran

1. Rekod kesihatan
2. Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan /mengandung)
3. Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan)
4. Surat Rujukan Doktor
5. Surat Jaminan Majikan
6. Sebarang dokumen / surat dari hospital
7. Kad Pengenalan

Barang-Barang Penjagaan Diri & Pakaian Ibu

1. Baju Kemeja T (T Shirt) yang longgar dan mempunyai bukaan di depan (memudahkan anda menyusukan     bayi anda nanti) – 3 helai atau lebih
2. Stoking (2 pasang atau lebih)
3. Kain Batik 
4. Bengkung Moden – penting untuk dipakai selepas bersalin
5. Set mandian (jika bersalin dihospital kerajaan)
    - Sabun,
    - Berus Gigi
    - Ubat Gigi
    - Sikat rambut
    - Pencuci muka
    - Bedak
    - Tuala
    - Syampu
    - Losyen

Barang-barang lain

1. Handphone dan charger – agar sentiasa dapat berhubung dengan keluarga anda
2. Kamera dan video kamera – untuk merakamkan detik-detik penting dalam hidup anda dan juga wajah bayi anda.
3. Cermin mata (jika anda rabun atau memakai contact lens)
4. Al-Quran (bagi orang Muslim)
5. Buku atau majalah – untuk mengisi masa lapang dan mengalih perhatian anda sewaktu
    menunggu saat melahirkan
6. Termos air panas
7. Minuman segera seperti Milo 3 in 1, nestum, horlick dll. Jika anda lapar, sekurang-kurangnya ini boleh digunakan untuk mengalas perut sewaktu di hospital
8. Minyak angin 



Barang-barang keperluan bayi

1. Baju bayi – 2 pasang atau lebih
2. Barut
3. Sarung kaki, sarung tangan dan topi
4. Pampers / lampin pakai buang / cloth diaper
5. Bedung / kain napkin
6. Barang mandian bayi
7. Tuala
8. Tisu lembap / wet tissue 
9. Krim untuk mencegah ruam lampin
10. Minyak telon (disapu diperut bayi untuk mengelakkan bayi dari kembung perut)
11. Bedak / losyen



DAPATKAN MOEDER MILKBOOSTER di sini.

No comments:

Post a Comment