Anakku Sayang: FAKTOR BENGKAK PAYUDARA

FAKTOR BENGKAK PAYUDARA

Ini adalah antara faktor bengkak payudara :




1. Bayi tertinggal sesi penyusuan yang sepatutnya diambil

2. Posisi dan lekapan yang tidak betul oleh bayi. susu tidak dapat dikeluarkan dengan efisien.

3. Menyusu mengikut jadual bukan mengikut kehendak bayi.

4. Bayi diberi cecair lain selain susu ibu seperti air kosong ataupun susu tiruan, ataupun penggunaan puting.

5. Bayi tidak dapat menghisap dengan berkesan


-terutamanya kepada ibu yang sakit, proses bersalin yang rumit dan juga diberi ubat tertentu.

6. Ibu berhenti menyusu secara tiba-tiba.


- Ia juga sering terjadi terutama pada awal-awal kelahiran kerana susu akan bertambah banyak tiga hingga lima hari selepas kelahiran.
-Sekiranya ibu berhenti menyusu secara drastik, bengkak payudara mungkin bertambah teruk.

7.Payudara tidak dikosongkan dengan berkesan semasa memerah susu.


- Bagi ibu-ibu yang memerah susu bagi kegunaan anaknya terutamanya semasa anaknya berada di hospital pada minggu awal kelahiran.
-Apabila aliran susu tidak dikosognkan dengan berkesan, susu yang terkumpul menyebabkan payudara bengkak.

8. Kecederaan di payudara.


- Ia mungkin terjadi akibat pembedahan ataupun kebakaran yang melibatkan tisu payudara ataupun puting.
- Sekiranya ada duktus yang tercedera dan tidak dapat mengalirkan susu dengan berkesan , susu tidak dapat keluar dan payudara menjadi bengkak.
- Ada sesetengah ibu yang kehilangan puting akibat pembedahan ataupun kebakaran juga mungkin mengalami bengkak payudara yang teruk kerana susu tidak dapat dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment