Anakku Sayang: TIPS MENGUNAKAN PAM BAGI IBU MENYUSU

TIPS MENGUNAKAN PAM BAGI IBU MENYUSU


  • Bagi ibu-ibu di luar, ini dapat membantu anda untuk menggunakan pam.



  • Langkah-langkah menggunakan pam:


  • 1. Basuh tangan dengan sabun dan keringkan.

    2. Payudara dan puting tidak perlu dicuci. Lembapan pada payudara penting bagi menghindari jangkitan kuman dan kekeringkan.

    3. Pasang pam seperti mana yang diterangkan dalam manual.

    4. Duduk dengan selesa. Sekiranya perlu, letakkan bantal bagi mengelakkan sakit belakang, pastikan bahan bacaan, air minuman ataupun alat kawalan jauh televisyen berada dekat dengan ibu.

    5. Pasangkan alatan memerah pada payudara. Puting perlu terletak di tengah terowong pam dan tidak bergeser dengan bahagian tepi corong.

    6. Sekiranya perlu, ubah kedudukan corong ataupun puting agar benar-benar sesuai dengan saiz puting ibu.


  • 7. Mulakan memerah. Sekiranya mengunakan pam manual, ibu perlu menekan dan melepas pemegang mengikut rentak bersesuaian.

    8. Bagi merangsang ejeksi susu, tekan dan lepas hendal dengan cepat tanpa perli menekannya sehingga ke tahap maksimum. Apabila susu sudah terpancut keluar, perlahankan rentak dan kuatkan sedikit tekanan pada pemegang.

    9. Bagi yang menggunakan pam automatik, mulakan dengan kuasa vakum yang rendah dahulu sebelum menaikkannya sehingga ke tahap yang lebih tinggi.

    10. Sesetengah pam didatangkan dengan fungsi automatik bagi merangsang ejeksi susu dan dipangil fasa stimulasi.

    11. Bagi pam yang tiada fungsi itu, fasa stimulasi dapt dilakukan dengan menggunakan kekuatan sedutan rendah dengan kelajuan yang tinggi. Apabila refleks ejeksi susu sudah dirangsang, sedutan dapat ditinggikan sedikit dan kelajuan direndahkan.

    12. Memerah susu tidak sepatutnya menyakitkan. pastikan puting tidak bergeser dengan tepi terowong semasa memerah.

    13. Perah sehingga tiada lagi susu yang dialirkan daripada payudara. Kebiasaanya, ia mengambil masa 10 hingga 15 minit bagi setiap payudara ataupun setiap sesi sekiranya memerah kedua-dua payudara serentak.

    14. Elakkan daripada memerah susu terlalu lama kerana ia dapat mencederakan tisu payudara dan menghalang refleks ejeksi susu.

15. Tahukah bahan-bahan seperti habbatusauda, madu, kurma dapat membantu memnggalakkan produksi susu ibu. Kandungan ini terdapat dalam MOEDER milk booster. 20 bahan diformulasikan untuk menghasilkan MOEDER. Sesuai diambil seawal mengandung. 


DAPATKAN MOEDER MILKBOOSTER di sini.

No comments:

Post a Comment