Anakku Sayang: CARA MANDIKAN BAYI

CARA MANDIKAN BAYI

Berikut beberapa cara dan tips yang boleh dilakukan oleh para ibu bapa dalam memandikan bayi:




Memandikan bayi adalah aktiviti penting yang harus dilakukan secara betul oleh ibu bapa. Selain bertujuan untuk membersihkan badan bayi, memandikan bayi perlu dilakukan secara hati-hati agar tidak mencederakan bayi dengan keadaan bayi yang sangat lemah. Selain itu, memandikan bayi merupakan bahagian penting dari rawatan bayi. 



1. Siapkan terlebih dahulu keperluan air bayi.
2. Isi air panas (36-37 C) ke tab mandi atau besen mandi dan periksa suhunya.


3. Bukalah bajunya, bungkus dengan tuala di pangkuan anda, usap matanya dengan kapas/kain yang dibasahi dengan air, bersihkan sekitar wajah dan mulut.
4. Bersihkan mata dari luar ke dalam, gunakan kapas/kain yang dibasah.
5. Basuh kepala, muka, leher, dada, lengan, punggung dan kakinya. Perhatikan kawasan lipatan.
6. Sabun kepala dan badan. Gunakan Washlap. Pilih sabun bayi dengan formal PH balance agar tidak pedih di mata.

Washlap

7. Ramas rambutnya, pegang kepalanya di atas tab mandi. Keringkan, lepaskanlah tuala, letakkan satu tangan di bawah bahunya, sementara tangan lainnya diletakkan di punggung. Masukkan bayi secara perlahan-lahan ke tab mandi.
8. Topang leher dan bahunya, sabun dan bilas. Pegang punggungnya dan angkat. Bungkus dengan tuala. Tepuk-tepuklah agar kering. Biarkan bayi dibalut tuala masa memakaikan baju dan lampin.
9. Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam memandikan bayi, terutama di bahagian-bahagian tertentu di mana keadaannya begitu sukar untuk dicapai dan juga keadaan kulit bayi yang masih sensitif. 


Membersihkan alat kelamin bayi

Pada bayi lelaki:

  • Bersihkan kotoran yang ada pada kulup secara perlahan-lahan. Hilangkan kotoran dengan kain kasa basah.


Pada bayi perempuan:

  • Bersihkan kemaluan dari depan ke belakang (dari kemaluan ke anus dan dapat diulang dengan kasa baru), demikian pula dengan pangkal paha.


Membersihkan bahagian dalam telinga dan hidung


  • Bersihkan lubang hidung yang terlihat dengan kapas (cotton bud) basah.
  • Bersihkan bahagian luar telinga yang boleh dilihat dengan kapas basah.


No comments:

Post a Comment