Anakku Sayang: KENALI DEMAM KUNING (JAUNDICE)

KENALI DEMAM KUNING (JAUNDICE)


APA ITU JAUNDICE (KUNING)?



Jaundice berasal dari perkatan Perancis "jaune" yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.

Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (Ini menyebabkan air kencing kuning). Sebahagiannya pula akan dibuang melaui najis melalui saluran hempedu.


MENGAPA KEBANYAKAN BAYI MENGALAMI KEKUNINGAN?

Perkara ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini kuning? Ada 2 sebab utama.

1. Sel darah merah bayi (Fetal Hemoglobin)
Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3.

2. Hati bayi
Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.

Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.


APAKAH PENYEBAB LAIN JAUNDICE?

Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (i.e biliary atresia).

Antara penyebab lain :
  1. Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
  2. Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
  3. Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
  4. Masalah tidak serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
  5. Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
  6. Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
  7. Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
  8. Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)

ADAKAH JAUNDICE MERBAHAYA?



Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu feno
mena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!

Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta.


APAKAH PERAWATAN UNTUK BAYI KUNING?

1. Phototherapy (Terapi lampu)





Phototherapy adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.

Cara menggunakan phototherapy dengan berkesan :
  • Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm - 50 cm daripada bayi
  • Buka semua baju bayi kecuali lampin
  • Tutup matanya
  • Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
  • Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
  • Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian.
  • Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat.
  • Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan.

2. Exchange Transfusion (ET)


ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi. ET ialah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam. 

No comments:

Post a Comment