Anakku Sayang: VAKSIN : PENTINGKAH UNTUK ANAK?

VAKSIN : PENTINGKAH UNTUK ANAK?

Kanak – kanak, terutama bayi, tidak mempunyai sistem imun yang kuat seperti mana orang dewasa. Beberapa imunisasi (vaksinasi) diperlukan dalam beberapa tahun pertama kehidupan kanak-kanak bagi melindungi anak anda daripada jangkitan penyakit serius.



Vaksinasi adalah cara yang paling efektif untuk melindungi anak-anak daripada jangkitan penyakit yang boleh  membawa  kematian. Vaksinasi merupakan satu proses pembentukan imuniti. Ia dapat melindungi bayi dan kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentu dengan mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Pemberian vaksin boleh dilakukan secara suntikan atau melalui mulut.Vaksin adalah virus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau melalui mulut. Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara:Aktif – Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan.Pasif – Antibodi diperolehi melalui imunisasi

Penyakit – penyakit yang boleh dicegah melalui vaksinasi ini:

 Tibi (Tuberculosis) – akibatkan radang paru – paru, radang selaput otak, jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawa maut.
– Hepatitis B – boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease) dan kanser hati.
– Polio – lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaan fizikal atau kematian.– Difteria– akibatkan kesukaran bernafas,masalah jantung dan saraf.– Pertussis (batuk kokol) – boleh menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa maut.
– Measles (campak) – akibatkan radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian.– Mumps (beguk atau bengkak di belakang telinga hingga dagu) 
– Radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.
– Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.
– Penyakit Hib (Haemophilus influenza type B) akan menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglotis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.



Jenis-jenis vaksin serta implikasi

Kepentingan vaksin

Vaksin membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Meskipun begitu, kedengaran kini spekulasi yang membimbangkan kita berhubung imunisasi boleh membawa kepada penyakit autisme dan masalah-masalah lain. Ramai ibu bapa tertanya-tanya akan potensi vaksin ini dalam melambatkan atau mengelakkan penyakit. Ini boleh meletakkan semua anak-anak kita pada risiko – itulah sebabnya ia begitu penting untuk memisahkan fakta daripada fiksyen. Walaupun begitu,kepentingan dan kebaikan vaksin mengatasi kesan sampingannya. Antara kepentingan vaksin kepada bayi anda:

  • Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.
  • Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal.
  • Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga.
  • Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit.
  • Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria.
  • Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan dengan kos-efektif

Jadual Imunisasi oleh KKM


No comments:

Post a Comment