Anakku Sayang: TIPS KURANGKAN KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG

TIPS KURANGKAN KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu boleh dapat kencing manis semasa mengandung.


 Antaranya:
  • BMI 30 atau lebih
  • Sejarah kandungan lalu yang ada diabetes
  • Pernah melahirkan bayi yang besar, 4kg atau lebih
  • Sejarah keluarga
Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis

Peringkat Awal :
  • Sentiasa merasa haus / dahaga
  • Berat badan menurun walaupun berselera makan
  • Kerap membuang air kecil
  • Sentiasa merasa lapar
  • Letih tidak menentu
  • Pandangan mata yang kabur
  • Mudah mendapat penyakit kulit
  • Mudah merasa penat dan sakit kaki
  • Merasa gatal pada kaki dan tangan
Peringkat Serius :
  • Sentiasa haus
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Pengsan dan tidak sedar diri
 Tips Pengawalan Kencing Manis di Kalangan Ibu Hamil
Tips #1. Kurangkan makan karbohidrat tinggi
Ada dua jenis karbohidrat; iaitu karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas.
Karbohidrat kompleks contohnya seperti yang terdapat dalam gandum, nasi, roti, mi, dan pasta.
Karbohidrat ringkas contohnya semua makanan manis yang mengandungi gula dan madu termasuk gula dalam buah-buahan.
Lebihkan makan sumber daripada karbohidrat kompleks, yang berserat tinggi dan rendah lemak tepu. Ibu boleh makan yogurt bersama campuran buah-buahan dan juga susu.
Tips #2. Makan makanan berindeks glisemik rendah
Indeks glisemik rendah bermaksud makanan tersebut apabila dimakan, ia akan melepaskan glukosanya secara perlahan-lahan dalam badan, bukan secara mendadak.
Antara makanan berindeks glisemik rendah ialah:
  • pasta dengan tepung gandum durum
  • buah seperti epal, oren, pear, pic
  • kekacang dan lentil
  • jagung
  • bubur
Makan makanan rendah indeks glisemik dapat bantu mengawal aras gula dalam darah. Tapi tak bermaksud ibu tak boleh makan makanan berindeks glisemik tinggi. Ibu masih boleh makan kentang, nasi, roti tetapi dalam kuantiti yang rendah saja.

Tips #3. Makan dalam waktu yang tetap
Setiap hari ibu mesti makan dalam waktu yang sama, contohnya kalau sarapan pukul 8 pagi, setiap hari mesti pukul 8 pagi. Ini supaya badan kita tak ‘pening’ dengan turun naik glukosa dan insulin pun di lepaskan secara tetap setiap hari.

Tips #4. Jangan skip hidangan
Mesti ambil sarapan, makan tengah hari, makan malam juga jangan lupakan hidangan antara waktu makan (between meal).
Between meal tu bolehlah makan snek yang berkhasiat seperti buah dan kekacang.
Ini untuk mengekalkan aras gula dalam darah yang seimbang.

Tips #5. Kurangkan lemak
Terutama lemak tepu. Lemak yang bagus ialah lemak poli tak tepu contohnya daripada minyak bunga matahari dan minyak zaitun. Kukus dan gril makanan lebih baik berbanding menggoreng.

Tips #6. Kosongkan perut 2-3 jam sebelum melakukan ujian BSP
Sebenarnya kita mampu kawal nafsu makan kita. Doktor pun warning, kalau kencing manis tinggi, awak kena cucuk insulin sendiri. Elok lepas doktor warning macam tu, boleh pun kita (saya la) jaga makan dan kawal gula. Sebelum buat ujian tu janganlah makan makanan berpotensi menaikkan aras gula dalam darah sekurang-kurangnya 2 jam.
Minum banyak air kosong, atau jika lapar boleh bancuh ESP (ESP indeks glisemik rendah).

Tips #7. Jangan minum minuman manis 
Contohnya air berkarbonat, teh ais, nescafe ais, milo dan sebagainya. Air gas tu memang penyumbang tertinggi gula

Tips #8. Ambil suplemen seperti MOEDER milk booster
Suplemen seperti Moeder Milk Booster boleh membantu membanyakkan susu badan. Ia juga membantu ibu menstabilkan HB, mengurangkan tahap kencing manis dan memberi tenaga kepada bakal ibu.

Moeder Milk Booster terdiri daripada 20 kandungan yang terbukti khasiatnya terhadap kesihatan seperti habbatusauda, madu, kurma, buah tin dan 16 bahan lain.

Klik sini untuk makumat lanjut tentang MOEDER

No comments:

Post a Comment