Anakku Sayang: MASALAH YANG SERING DIHADAPI IBU MENYUSU

MASALAH YANG SERING DIHADAPI IBU MENYUSU

Berikut antara masalah-masalah yang sering dialami oleh seorang ibu, sehubungan dengan menyusu dan cara mengatasinya.




Menyusu merupakan aktiviti yang sangat penting bagi ibu dan bayinya. Dalam proses menyusu, terjadi hubungan yang erat antara ibu dan anak. Seorang ibu, tentu ingin dapat melaksanakan aktiviti menyusui dengan selesa dan lancar. Namun, kadang-kadang ada perkara-perkara yang mengganggu keselesaan dalam menyusu.

PAYUDARA BENGKAK

Sekitar hari ketiga atau keempat sesudah ibu melahirkan, payudara sering terasa lebih penuh, tegang, serta kesakitan. Keadaan seperti itu disebut engorgement (payudara bengkak), yang disebabkan oleh adanya statik di vena dan saluran darah bening. Ini merupakan tanda bahawa susu ibu mulai banyak dirembeskan. Jika dalam keadaan tersebut ibu mengelakkan menyusukan kerana alasan sakit, lalu memberi prelacteal feeding (makanan tambahan) pada bayi, keadaan tersebut akan berlanjutan. Payudara akan bertambah bengkak atau penuh, kerana rembesan susu ibu terus berlangsung, sementara bayi tidak disusukan, sehingga tidak terjadi rangsangan pada puting susu yang menyebabkan refleks oksitosin tidak terjadi dan susu ibu tidak dikeluarkan.

Jika hal ini terus berlangsung, susu yang dirembeskan terkumpul pada payudara dan menyebabkan areola (bahagian berwarna hitam yang melingkari puting) lebih menonjol, puting menjadi lebih rata dan sukar dihisap oleh bayi ketika disusukan. Bila keadaan sudah sampai seperti ini, kulit pada payudara akan nampak lebih merah berkilat, terasa sakit dan ibu merasa demam seperti influenza.

Untuk mencegah terjadinya payudara bengkak, beberapa cara yang dianjurkan antara lain sebagai berikut:

• Susukan bayi segera setelah lahir, apabila keadaan membolehkan.
• Susukan bayi tanpa dijadualkan (on demand atau sesuka bayi).
• Keluarkan susu ibu dengan tangan atau pam, bila pengeluaran melebihi keperluan bayi.
• Lakukan rawatan payudara pasca persalinan secara teratur.
• Keluarkan sedikit susu ibu sebelum menyusui agar payudara lebih lembik, sehingga puting lebih mudah ditangkap / dihisap oleh bayi.
• Berikan kompres sejuk untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara.
• Berikan kompres hangat sebelum menyusui untuk memudahkan bayi menghisap (menangkap) puting susu.
• Lakukan pengurutan (massage) payudara yang bermula dari puting ke arah payudara, untuk mengurangkan peningkatan peredaran darah dan terjadinya statik di pembuluh darah dan pembuluh getah bening dalam payudara

KELAINAN PUTING SUSU




Kebanyakan ibu tidak mempunyai kelainan anatomi payudara. Meskipun demikian, kadang-kadang dijumpai juga kelainan anatomi yang menyukarkan bayi untuk menyusu. Misalnya, puting susu rata atau puting susu terpendam (tertarik ke dalam). Disamping kelainan anatomi, dijumpai juga kelainan puting yang disebabkan oleh suatu proses, misalnya tumor.

Puting susu rata iaitu, apabila areola diapit antara jari telunjuk dan ibu jari di belakang puting, puting yang normal akan menonjol keluar, bila tidak, bererti puting rata. Ketika menyusukan puting menjadi lebih tegang dan menonjol kerana otot polos puting mengecut. Walaupun demikian, pada keadaan puting rata akan tetap sukar ditangkap / dihisap oleh mulut bayi.

Puting susu terpendam (tertarik ke dalam) iaitu, jika sebahagian atau seluruh puting susu tampak terpendam atau masuk ke dalam areola, atau tertarik ke dalam. Hal ini kerana ada sesuatu di bawahnya yang menarik puting ke dalam, misalnya tumor atau penyempitan saluran susu. Kelainan puting tersebut seharusnya sudah dapat diketahui sejak hamil atau sebelumnya, sehingga boleh diperbaiki dengan meletakkan kedua jari telunjuk atau ibu jari di kawasan payudara, kemudian dilakukan pengurutan menuju ke arah bertentangan. Perlu diketahui, tidak semua kelainan tersebut dapat diperbetulkan dengan cara tersebut. Untuk itu, ibu menyusukan digalakkan untuk mengeluarkan susu ibu-nya dengan manual (tangan) atau pam, kemudian diberikan pada bayi dengan sudu / pipet / gelas.

PUTING SUSU SAKIT DAN PUTING SUSU LECET

Kesakitan Puting susu pada ibu menyusui, biasanya terjadi kerana beberapa sebab :

• Kedudukan bayi semasa menyusu yang salah. Iaitu puting susu tidak masuk ke dalam mulut bayi sampai pada areola, sehingga bayi hanya menghisap pada puting susu saja. Sedutan atau tekanan terus-menerus hanya pada tempat tertentu akan menimbulkan rasa sakit waktu dihisap.
• Penggunaan sabun, lotion, cream, alkohol dan lain-lain yang boleh merengsakan puting susu.
• Lidah (frenulum linguae) bayi pendek, sehingga menyebabkan bayi sukar menghisap sehingga areola dan isapan hanya pada puting sahaja.
• Kurang hati-hati ketika menghentikan menyusu (menghisap).

Puting susu sakit, biasanya dapat disembuhkan setelah memberi perhatian kepada teknik penyusuan yang betul, khususnya letak puting dalam mulut bayi. Iaitu bibir bayi menutup areola, sehingga tidak nampak dari luar, puting di atas lidah bayi, areola di antara gusi atas dan bawah.

Untuk mengelakkan puting susu sakit atau lecet, perlu diperhatikan hal-hal berikut.

• Tidak membersihkan puting susu dengan sabun, alkohol, losyen, cream, dan ubat-ubat yang boleh merengsa.
• Sebaiknya selesai menyusukan untuk melepaskan hisapan bayi, tekan dagu bayi atau picit hidungnya, atau masukkan jari kelingking ibu yang bersih ke mulut bayi.
• Ibu digalakkan tetap menyusukan bayi mulai dari puting yang tidak sakit serta mengelakkan tekanan pada puting dengan cara merubah-rubah posisi menyusukan. Untuk puting yang sakit dianjurkan mengurangkan kekerapan dan tempoh menyusukan.

Apabila hal di atas dibuat puting tetap sakit, sebaiknya anda cari sebab-sebab lain, misalnya moniliasis. Puting susu melecet / luka akan memudahkan berlakunya jangkitan pada payudara (mastitis).

SALURAN SUSU TERSUMBAT




Saluran susu tersumbat (obstructive duct), adalah suatu keadaan berlakunya sumbatan pada satu atau lebih saluran susu yang disebabkan oleh tekanan jari masa menyusui, atau pemakaian BH yang terlalu ketat. Hal ini juga boleh terjadi kerana komplikasi ibu payudara bengkak yang berterusan, yang mengakibatkan kumpulan susu ibu dalam saluran susu tidak akan dikeluarkan sehingga tersumbat. Sumbatan ini, pada wanita yang kurus dapat dilihat dengan jelas sebagai ketulan yang lembut pada perabaannya.

Untuk mengatasi terjadinya saluran susu tersumbat (obstructive duct), ada beberapa perkara yang dianjurkan.

• Sebaiknya ibu melakukan rawatan payudara selepas melahirkan dengan teratur, agar tidak terjadi stsusu ibus dalam payudara yang mengakibatkan terjadinya radang payudara (mastitis).
• Gunakan BH dengan reka bentuk menopang (menyangga), bukan menekan payudara.
• Keluarkan susu ibu setiap kali selesai menyusukan bila payudara masih terasa penuh.

Sumbatan saluran susu ini perlu segera diatasi, kerana boleh menjadi radang payudara. Untuk mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada payudara, dapat diberikan kompres hangat dan sejuk. iaitu kompres hangat sebelum menyusui dengan tujuan memudahkan bayi menghisap puting susu, dan kompres sejuk selepas menyusu untuk mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada payudara.

Radang PAYUDARA

Radang payudara (mastitis) adalah jangkitan yang menimbulkan reaksi seperti demam pada ibu. Hal ini biasanya terjadi pada 1-3 minggu selepas melahirkan dan sebagai komplikasi saluran susu tersumbat. Keadaan ini, biasanya diawali dengan puting susu melecet / luka. Gejala-gejala yang boleh diperhatikan pada radang payudara, antara lain kulit nampak lebih merah, payudara lebih keras serta kesakitan, dan berbenjol-benjol.

Untuk mengatsusu ibu hal tersebut, ibu dinasihatkan agar tetap menyusukan bayi, supaya tidak terjadi stasis dalam payudara yang cepat menyebabkan terjadinya bernanah. Ibu perlu mendapatkan rawatan (antibiotik, penurun panas, dan analgesik / pengurang sakit), serta banyak minum dan berehat untuk mengurangkan tindak balas sistemik (demam).

Di mana, ibu digalakkan melakukan senaman laktasi (senaman menyusu). iaitu menggerakkan lengan secara berputar, sehingga sendi bahu ikut bergerak ke arah yang sama. Gerakan demikian ini akan membantu melancarkan peredaran darah dan limfa di kawasan payudara, sehingga statik dapat dielakkan. Yang bererti dapat mengurangkan kemungkinan terjadinya abses payudara.

ABSES PAYUDARA

Penerusan / komplikasi daripada radang payudara akan menjadi bernanah. Hal ini disebabkan oleh meluasnya keradangan dalam payudara tersebut, dan menyebabkan ibu kelihatan lebih parah sakitnya, payudara lebih merah berkilat, benjolan tidak sekeras seperti pada radang payudara (mastitis), tetapi kelihatan lebih penuh / bengkak berisi cecair. Bila payudara seperti ini, maka perlu segera berjumpa doktor pakar supaya mendapat tindakan perubatan yang cepat dan tepat. Mungkin perlu dilakukan tindakan insisi untuk pemberian antibiotik dos tinggi dan anlagesik.

Ibu digalakkan banyak minum dan rehat. Bayi dihentikan untuk menyusu sementara waktu pada payudara sakit, dan setelah sembuh boleh disusukan kembali. Jadi, bayi tetap boleh menyusukan pada payudara yang sihat tanpa dijadualkan (sesuka bayi).

AIR SUSU IBU KURANG

Banyak di kalangan para ibu yang mengira, bahawa mereka tidak mempunyai cukup banyak susu ibu untuk bayinya, sehingga keinginan untuk menambah susu formula atau makanan tambahan sangat besar. Dugaan makin kuat apabila bayi sering menangis, ingin selalu menyusu pada ibunya dan terasa kosong / lembik walaupun pengeluaran susu ibu cukup lancar.

Menilai kecukupan susu ibu, sebenarnya bukan dari perkara tersebut, tetapi terutama dari berat badan bayi. Apabila ibu mempunyai status pemakanan yang baik, cara menyusukan benar, secara psikologi percaya diri akan kesanggupan dan kemampuan untuk boleh menyusukan bayi serta tidak ada kelainan pada payudara, maka akan terjadi kenaikan berat badan pada 4-6 bulan pertama usia bayi. Untuk mengetahui tahap kenaikan berat ini, dapat dilihat, misalnya dari rekod yang diisi setiap kali penimbangan. Apabila tidak terjadi kenaikan berat badan bayi sesuai dengan usianya, biasanya hal ini disebabkan oleh jumlah susu yang tidak mencukupi, sehingga diperlukan tambahan sumber pemakanan yang lain.

BAYI BINGUNG PUTING (NIPPLE CONFUSION)

Istilah bingung puting dipakai untuk menggambarkan keadaan bayi yang mengalami nipple confusion, kerana diberi susu formula dalam botol bergilir-gilir dengan menyusu pada ibu. Mekanisme menyusu dan minum dari botol sangat berlainan. Untuk menyusukan bayi memerlukan usaha yang "lebih" dari minum susu dari botol.

Pada masa menyusu pada ibu, bayi mempergunakan otot-otot pipi, gusi, lelangit durum (langit-langit) dan lidah untuk menarik dan mengurut puting serta areolanya untuk membentuk suatu "dot", kemudian ditekan oleh gusi atas dan bawah, sehingga sinus laktiferus tertekan dan keluarlah susu ibu. Seterusnya, dengan pergerakan yang teratur susu ibu dihisap dan ditelan. Tidak demikian ketika bayi mendapat minuman dari botol, sebab puting mempunyai lubang, sehingga tanpa berusaha keras bayi boleh menelan susu kerana susu boleh terus keluar tanpa dihisap.

Oleh sebab itu, kenapa bayi yang terbiasa minum dari botol akan sukar dan enggan menyusu dari ibunya. Ibu yang menggunakan botol dan puting, biasanya mempunyai alasan pengeluaran susu badannya kurang, atau ibu sakit, misalnya payudara bengkak, puting susu sakit atau lecet dan sebagainya.

Tanda-tanda bayi bingung putting, di antaranya, bayi menghisap puting seperti menghisap puting botol, masa menyusu, bayi mengisapnya terputus-putus atau tersekat-sekat, atau bayi menolak menyusu ibu.

Untuk mengatasi hal-hal yang dapat mencegah terjadinya bingung puting, perlu dilakukan langkah-langkah: 


  • ibu harus mengusahakan agar bayi hanya menyusu pada ibu sahaja
  • ibu harus menerapkan cara penyusuan yang betul, ibu sebaiknya menyusukan bayi tanpa dijadualkan (sesuka bayi)
  • ibu perlu lebih sabar dan lebih cermat dan teliti ketika menyusukan bayi
  • ibu melaksanakan rawatan payudara selepas melahirkan secara sistemik dan teratur


BAYI ENGGAN MENYUSU

Bayi enggan menyusu perlu mendapat perhatian secara khusus terutama terhadap bayi dengan cirit-birit, mengantuk, kuning, dan kejang-kejang. Bayi dengan gejala tersebut perlu dibawa ke doktor pakar untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Selain itu, masih ada penyebab lain bayi enggan menyusu antara lain:

• Hidung tertutup lendir atau hingus kerana selsema sehingga sukar menghisap / bernafas.
• Bayi dengan moniliasis, kesakitan untuk menghisap.
• Terlambat bermulanya menyusu masa di hospital kerana tidak dirawat antara ibu dan anak.
• Bayi ditinggal lama kerana ibu sakit atau bekerja.
• Bayi juga mendapat susu dari botol selain daripada menyusu ibunya.
• Bayi dengan prelacteal feeding atau mendapatkan makanan tambahan terlalu awal.
• Teknik penyusuan ibu yang salah.
• susu ibu kurang lancar atau terlalu deras (memancar).
• Bayi dengan frenulum linguae (lidah) pendek / short tongue tie.

Tindakan Bayi Enggan Menyusu Sebagai Berikut.

• Apabila bayi selsema, ibu diajarkan cara membersihkan lubang hidung.
• Berikan rawatan bila mulut bayi sakit moniliasis.
• Berikan lebih banyak peluang kepada ibu untuk merawat bayinya sendiri agar lebih mengenal sifat / cirinya.
• Ibu perlu tahu teknik menyusu yang betul.
• Sebaiknya ibu tidak memberi prelacteal feeding (makanan tambahan) yang terlalu awal pada bayi.
• Apabila susu ibu keluar terlalu deras / memancar, keluarkan susu sedikit sebelum menyusu baru kemudian bayi disusukan dengan kedudukan agak tegak / berdiri.
• Bila susu kurang lancar, sebaiknya menyusukan lebih lama dan lebih kerap (sesuka bayi) serta pada masa menyusui kedudukan kepala bayi lebih didekatkan pada payudara, tangan ibu menahan kepala bayi agar tetap pada kedudukannya. Dengan begitu, susu ibu boleh keluar lebih sempurna.
• Tindakan operatif pada frenulum linguae yang pendek

BAYI SERING MENANGIS

Menangis merupakan cara bayi berkomunikasi, sehingga bila bayi sering menangis pasti ada penyebabnya. Kita perlu mencari puncanya agar dapat diambil tindakan tepat. Penyebabnya, boleh kerana bayi lapar, takut, kesepian, bosan, lampin basah / kotor, atau kerana sakit.

80% daripada punca tersebut di atas, dapat diatasi dengan menyusukan bayi dengan teknik yang betul. Di samping itu, tentu saja dengan mengatasi sebab-sebabnya, seperti menukar lampin yang basah, membelai bayi supaya tenang, dan membawanya ke doktor jika memerlukan pengendalian karena sakitnya.

Dua minggu pertama selepas bersalin, merupakan hari-hari yang perlu mendapat perhatian, pengawasan serta sokongan dalam hal menyusu. Ini penting, sebab banyak masalah yang berkaitan dengan menyusui yang dapat dikesan awal, dicegah dan diatasi agar tidak menjadi penyebab berlakunya kegagalan menyusukan. Dengan mengetahui masalah-masalah yang biasa berlaku ketika menyusu,para ibu tidak panik lagi dan dapat menghadapinya dengan baik.

No comments:

Post a Comment