Anakku Sayang: URUT SELEPAS BERSALIN BANTU PENGHASILAN SUSU

URUT SELEPAS BERSALIN BANTU PENGHASILAN SUSU

Proses kehamilan telah menyebabkan tubuh badan seorang ibu mengalami perubahan secara fizikal dan emosi. 



Ia menuntut kesabaran yang tinggi dalam diri seorang ibu kerana melalui 1001 kesakitan dan ketidakselesaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Mengah, senak perut, bengkak kaki, susah nak berjalan dan macam-macam lagi pengalaman yang dialami ibu semasa hamil.  


Semasa proses kelahiran pula menggunakan banyak tenaga kerana melayan sakit kontraksi untuk melahirkan si kecil. Jadi adalah sangat penting untuk mendapatkan rehat yang mencukupi supaya badan kembali pulih setelah bersalin. Jadi rasa penat selepas bersalin itu normal dan dirasai kebanyakan ibu selepas bersalin. Tapi rasa penat harus diatasi supaya proses penyusuan berjalan lancar.



Antara amalan yang sangat digalakkan ibu selepas bersalin adalah berurut. 
Menurut pendapat ramai bidan yang berpengalaman urutan badan boleh dimulakan 1 minggu selepas bersalin bagi memulihkan tenaga dan menjaga kesihatan dalaman ibu.

Amalan berurut seeloknya dilakukan selama 3 hari berturut-turut bagi mengembalikan semula kelancaran aliran darah secara optimum. Kini, amalan berurut bukan sahaja diamalkan di Asia, bahkan juga di negara Barat kerana mereka sudah mula melihat kebaikan urutan selepas bersalin.


Urutan selepas bersalin membantu melancarkan pengaliran darah dan secara tak langsung oksigen dapat disalurkan ke seluruh bahagian badan dengan lebih baik. Selain itu, berurut dapat kembalikan semula kesegaran tubuh badan ibu selepas melalui 40 minggu tempoh kehamilan. Yang bagusnya, apabila mula berurut selepas bersalin, pengeluaran susu ibu juga menjadi makin lancar, asbab kepada pengaliran darah yang sempurna.

Urutan pada bahagian belakang badan dan di bawah ketiak sangat membantu kelancaran susu ibu. Pernah tak mommies yang alami bengkak susu rasa sangat sakit di bahagian bawah ketiak? Urutan dan tuaman panas pada belakang badan mampu meredakan bengkak dan meningkatkan aliran susu semula.


Kepada semua ibu menyusu, digalakkan mengamalkan urutan badan bukan sahaja selepas bersalin malah jika boleh 1 bulan sekali untuk sentiasa memastikan aliran darah lancar dan badan merasa segar. Apabila badan dalam keadaan sihat, masalah penat kerana menyusu dapatkan 
dielakkan. Terutamanya dalam tempoh berpantang dan setelah kembali bekerja. 

Walaupun ada yang berpendapat ianya tidak penting terutamanya dalam dunia yang serba moden ini dan pergantungan kepada ubat-ubatan yang mudah didapati, amalan yang nampak konservatif ini memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan dan kesegaran tubuh badan wanita terutamanya ibu.



MASALAH SUSU KURANG? DAPATKAN MOEDER MILK BOOSTER SEBAGAI ALTERNATIF.

No comments:

Post a Comment