Anakku Sayang: 6 CARA MENGELAKKAN SELULIT

6 CARA MENGELAKKAN SELULIT

Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan selulit/stretch mark di sekitar perut buat ibu mengandung. 



Kebiasaanya selulit/stretch mark yang paling ketara berlaku di bahagian perut yang timbul selepas bersalin. Ianya tidak akan hilang dengan sendiri tapi memerlukan rawatan dan usaha untuk menghilangkannya. Berikut adalah cara-cara menghiangkan selulit :


1) Makan Buah-Buahan & Sayuran
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti yang berkhasiat tinggi seperti oren, nanas, avocado, bayam & sayur-sayuran berdaun lain

2) Tambahkan Vitamin A, C dan E dalam Diet 
Menambah makanan yang kaya dengan Vitamin A, C dan E dalam diet anda adalah yang terbaik. Vitamin A dan Vitamin E membantu mengekalkan keanjalan kulit anda dan vitamin C mempercepatkan proses pembaikan tisu dan sebagai antioksidan

3) Kekal Terhidrat
Pakar mencadangkan minum sekurang-kurangnya 10 gelas air setiap hari untuk wanita hamil. 10 gelas diperlukan tidak termasuk jus, teh dan lain-lain air

4) Bersenam Semasa Hamil
Tarian ringan, berenang, berjalan, dan latihan aerobik berimpak yang rendah adalah baik untuk sistem kardiovaskular manakala yoga, regangan, dan latihan berat membantu wanita hamil meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti  

5) Tambah Berat Secara Beransur-ansur
Penambahan berat badan ketika mengandung adalah satu proses berperingkat. Jangan mengambil nasihat 'makan untuk dua' secara literal. Pastikan diet anda sihat. Obstetricians menasihatkan supaya mendapat kira-kira 0.5-2 kg berat pada trimester pertama, dan lebih kurang 0.5-1 kg setiap minggu pada trimester kedua dan ketiga anda

6) Gunakan Losyen atau Krim Kulit
Gunakan krim dan losyen kulit untuk menyuburkan kulit yang dihasilkan khas untuk keperluan wanita hamil untuk mencegah pembentukan selulit


No comments:

Post a Comment