Raya dan makan tak dapat dipisahkan. Berikut adalah tips-tips kekal langsing semasa raya.
Bila raya mesti tidak lari dengan juadah raya. Setiap rumah menyediakan juadah yang sedap-sedap. Namun kalau makan berlebihan boleh membawa kepada pertambahan berat badan.
Tips 1 : Kawal nafsu makan - Perkara paling asas sekali ialah dengan menahan nafsu makan. Boleh untuk makan hidangan raya tapi kawal dengan bijak.
Tips 2 : Banyakkan minum air kosong - Air yang paling jarang dihidang semasa raya. Untuk mengelakkan pengambilan air bergula yang berlebihan, bawalah air kosong sendiri.
Tips 3: Makan dalam pinggan kecil - Gunakan pinggan yang kecil agar makanan yang diambil pun sedikit kurang.
Tips 4: Puasa 6 - Dapat pahala dan dapat mengawal nafsu makan yang bergolak di dalam diri. Manfaat dua dalam satu.
Tips 5: Makan buah-buahan - Elakkan pengambilan karborhidrat berlebihan dan lebihkan makan buah-buahan
Tips 6: Berhenti sebelum kenyang - Jangan biarkan perut terlalu penuh sebelum berhenti makan.
Tips 7: Lakukan senaman ringkas - Aktiviti senaman mungkin terjejas semasa puasa. Mulakan masa hari raya.
Tips ekstra : Gunakan makanan tambahan
No comments:
Post a Comment